***... HaRdShiPs MaKe uS StRonG. ProBleMs GiVe BiRtH To WisDoM. SoRRoWs CuLtiVaTe CoMpaSsion. ThoSe Who HaVe SuffeReD ThE MoSt WiLL BeCoMe ThE HaPpiesT....***

Bunuh diri kerana CINTA??

sedang layan youtube terpandang sastu video tentang  isu bunuh diri kerana cinta...

hmmm buat aku berfikir dan mengukir satu senyuman penuh makna dibibir,,,

tindakan yang tidak waras dan tak masuk dek akal....

hilang cinta je pun.. buat pa sampai nak gadai nyawa,..

teringat aku satu ketka dulu... dizaman fikiran dan akalku yang masih sempit... hemmmmm

ayat ugutan selalu ja keluar,.. ha ha ha bila fikir fikir balik cam kelakar... ye la masa tu muda lag.... cara tuk menarik perhatian mcm mcam la keluar... tapi tak mati mati pun... sayang nyawa wehhhh...

seperti aku pernah ckap dulu...

Cinta sejati adalah merelakan... cinta sejati adalh mendoakan yang terbaik utk pasangan anda biarpun tidak ditakdirkan untuk bersama..... kerana Allah lebih mengetahui....

aku terbaca satu cerita tentang seorang wanita yang terlalu mencintai seorang lelaki tetapi lelaki tersebut menolak cintanya... sahabatnya bertanya...

" kenapa kamu tidak bersedih dengan penolakan ini"

jawab wanita itu:



"kenapa perlu aku bersedih... aku hanya kehilangan lelaki yang tidak mencintai aku... tetapi lelaki itu telah kehilangan wanita yang paling mencintainya... jadi perlukah aku bersedih??"






hemmm menarik kan... kalau itu yang jadi pegangan mesti takkan ada insiden bunuh diri kerana cinta...

p/s: Cinta kepada Allah adalah lebih agung.... :)

lain di mata ... lain dihati...

keliru......... berkasih dengan orang lain... tetapi dihati tersenyum wajah insan lain.......

a part of me...

kau sebahagian dari kisah hidupku..... hampir separuh kisahku adalah kamu..... aku bernafas dengan namamu dibibirku..... kau jauh tetapi nama dan ingatanku setiap saat hanya terpancarkan namamu.....


berkali cuba ku ganti nama mu dengan nama lain tetapi imbasan wajah dan senyummu masih kuat dan utuh menenggelamkan nama insan lain dari bibirku.....

terlalu dlam kah cinta ku??? atau aku yang keliru dengan perasaan sendiri....

kadang aku menyalahkan takdir kerana masih tidak membuka ruang untuk aku mencintai insan lain sepertimana aku mencintaimu... kdang kala aku salahkan takdir juga kerana rasa cinta yang masih tersisa yang setiap saat menyesakkan nafasku..

kenapa masih adanya rasa ini jika sememangnya kita bukan ditakdirkan untuk bersama.... cinta dan cerita itu bukan milik kita.....kau tahu dan aku juga tahu.. kisah ini bukan berpihak kepada kita.. tetapi takdir msih ingin aku menyimpan rasa ini... berjuta kali kupanjatkan doa semoga hentikan rasa ini buat mu... bukakan pintu hatiku....................................

 kadang aku benci dengan perasaan ini.... tapi kadang kala aku bahagia kerana rasa ini...........adakah salah aku?? aku yang degil utk meninggalkan rasa ini??????

menyenangkan mu membuatkan seringkali air jernih mudah sekali bergenang dan gugur.... menyebut namamu sahaja mengundang sayu.....

kalau boleh dibayar untuk aku melupakan rasa ini... aku sanggup... tetapi bertahun berlalu... tidak seinci pun ia berubah....

aku tersenyum disisi insan lain... tapi hatiku terukir namamu?????

tangan ku erat digengam insan lain tetapi hangatnya ku rasakan hangat tanganmu....

kau sebahagian hidupku..... kau separuh dari hidupku..... bagaimanapun harus ku buang mu dari hidup dan ingatanku?????

kau bakal memulakan hidup baru mu.... aku bahagia demi bahagiamu.... semoga dia dapat membahagiakan dirimu.. menjadi yang terbaik mu............. kerana aku gagal menjadi yang terbaik buatmu....

izinkan aku utk terus menyimpanmu sebagai sebahagian dari cerita hidupku.. izinkan aku utk terus menyintaimu.......... izinkan aku ...........................................................................







what feeling is this????

kenapa hati aku gelisah mendengar berita itu.... sedangkan aku tahu masanya akan tiba jugak.... aku cuba sedaya upaya memujuk hati supaya jangan terlalu mengikut perasaan...

tahun depan bukannya lama.... aku tak septutnya rasa seperti ini>>>

i should happy for him... tapi kenapa hati aku berdebar-debar dan sayu....

mesej Mai menyampaikan berita itu buat aku termenung sejenak..

mai : " has.. kt FB apit ckap dia kawen tahun depan"

aku: " ya ka.. alhamdullilah.. bagusla tu "...

aku harap sgt aku tak tahu.... kenapa mai bgtau aku.. aku xtak nak tahu apa apa...

perasaan apakah ini????... it that mean i stil love him??? it is???

SHIT!!! no no no//// jangan nak melayan sgt perasaan tu.... biar la dia.... nnti aku jugak yang akan sedih..

Chill OUt... dan sampai jodoh dia.. so i should happy for him...

Migrain....

migrain menyerang lagi.... tanda tanda bahawa aku berada di dalam stress sekarang ni... adoiiiii banyaknya kerja...

hari ni MC.... terpaksa ambik cuti walaupun kerja bertimbun kt pejabat...

penat kepala otak nak pikiaq.....

Small icon....



hemmm comel tak???? ha ha ha/// aku buat guna "Paint" .. cute kan... hemm small icon tp besar maknanya...

kat mana mana ja.. icon ni mesti aku conteng.. x kira la dalam meting ka kt dlam kelas ka.. atas buku ka... atas minit metting ka...tangan mcm dah sebati... ada ja kartun kecik ni aku lukis ha ha ha.....

who is it???? sesorang yang pernah hadir dalam hidup aku... :) .... walaupun sekarang dia bukan lelaki bertopi merah... tetapi this imej will always remind me of him... ....


p/s: apasai dua tiga menjak ni ingat dia... (teringat jer.... )

STRESSSSSSSSSSS!!!!!!!

arghhhhhh tekanan telah bermula.... banyak nya kerja... dan banyaknya benda nak kena selesai before end 0f mei..

ditambah plak tukar KSU baru... adoiiiii kasi serabut kepala... nak kena brief semua benda sbb dia baru.... hu hu hu hu..

kepala mcm nak pecah dah berfikir.... buat dasar  ni bukan benda yang mudah sebenarnya.... yes memng la tak perlu buat kerja rutin lg when reach my level... tp kepala otak cam dah tepu berfikir banyak benda....

dan kdang kdang tersepit dengan keputusan sendiri dan serba salah sama ada keputusan tu betul atau tak demi kepentingan negara atau hanya utk kepentingan individu semata....


kerja di Kementerian lebih mencabar dari di Jabatan.... kerja direct dengan orang atasan ni lebih letih sebenarnya.... tanggungjawab lebih besar.... Wahyu wahyu yang menyakitkan kepala pun berlambak.. adoiiiiiiiii.. stresss tol...



masa kena bahagikan dengan sebaiknya... ditambah plak dengan masa belajar aku yang sgt terhad dan astt yang bertimbun.... adoiiiii.. penin penin....

sib baik belum kawen kalau tidak lg sakit jiwa aku dibuatnya.....

sekarang ni aku cepat sgt letih... pukul 11 mata dah mula layu dah.... mungkin sbb banyak berfikir di siang hari buat malam aku perlukan rehat yang cukup...

umur mkin meningkat... adoiiii... tanggungjawab lak makin bertambah... hu hu ...

tak sabar nak brcuti panjang JUN ni...... hu hu



weight....

hemmm.... sejak dua menjak ni aku sudah tidak mempedulikan masalah pembesaran tubuh badah ku.. ha ha ha.... x der la makin mengembang.. maintain jer... but stil can't get the old ONE la....


hemmm malas nak memikior.... as long as stil leh pakai dress, stil can fit my old kebaya,,, n stil can look vogue (vogue ker??? ha ha ha) with my tight skirt and blouse... oke la kan... ha ha ha ..

gym dah 3 minggu aku tak pergi.. hemmm bukan malas tp sbb x der masa yang terluang.... balik dah lewat/// kerja banyak.. asst banyak yang tak siap.. mcm mana tu..

x der masa nk manjakan diri..

sebenarnya tak kisah la.. bagaiman bentuk badan anda jika anda pandai mengenakan jenis pakaian sure xkan menampakkan anda buruk....

so lately aku lebih suka match baju yang sesuai dengan tubuh badan aku daripada aku memeningkan kepala...

sekarang ni aku adalah pengemar utama nicci... bukan apa sbb situ banyak pilihan baju yang sesuai dengan tubuh badan anda...

dulu aku sgt tidak berani memakai baju putih sbb takut nanpak lg bulky.. but aku jumpa cardigan putih with belt yang boleh membuatkan kita x bulky sgt... good for me right.. so that the first white cardigan yang aku pakai :) ...

jadi guy... don't worry bout weight oke.. as long as we know how to hide it... n how to match with the right outfit.. it will settle our prob...

:)

AYAM MASAK CINTA






Yum yum yum.. nampak sedap kah??? he he he ini adalah resepi ciptaanku sendiri... AYAM MASAK CINTA... kenapa namanya ayam masak cinta... entah.. sbb masa first aku buat ni aku masak utk MR.S ... ha ha ha.... tetiba nama tu terkeluar... :)


ok nak tahu resepinya... jom..

bahan-bahan

- isi ayam dipotong kecil/dadu
-serai
- daun limau purut
- kulit kayu manis
-bunga lawang

- serbuk jintan putih
- serbuk jintan manis
- bawang besar
- bawang merah
- bawang putih
- sos tiram
- lada sulah
- stok ayam/ pati ayam
- cili kisar
- halia
-garam
-asam jawa



cara buat dia senang ja ...


ayam dipotong kecil tadi digoreng dengan seidikit  minyak dan letak air sikit utk dapatkan air rebusan ayam tu (sbg  penambah perisa la).. dah nampak separuh masak.. angkat dan letak sebelah dulu..




panas minyak dalam kuali... masukkan bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, halia dan bunga lawang... tumis sehingga naik bau... masukkan cili kisar ( tak payah banyak sangt mcam nk buat sambal tu.. agak2 dalam dua sudu besar sahaja) ... masukkan sikit AIR ukt elakkan dia hangit...


masukkan serbuk jitan manis dan jintan putih, stok ayam, sos tiram, serai, daun limau purut, air asam jawa, garam ... dan biarkan kacau sehingga pecah minyak..


kemudian masukkan ayam tadi... dan bawang besar...


biarkan dalam 2  minit.. dah boleh angkat dan dihidang...

SELAMAT  MENCUBA

KOREAN TRIP...

YEY.. dah nak habis dah bulan MEI... Yahoo tak sabaq nak g Korea Jun ni.. he he he he...

itu la penangan cerita Korea sehingga aku jatuh cinta mahu kesana.. dan sanggup tu tukar tajuk Tesis dari drug traficking ker Isu keselamatan semenanjung Korea.... ha ha ha ha

lihat la bertapa besarnya penangan KOREA kepada aku...

aku bertolak 6 jun sampai 12 hb...seronok memang la seronok

tetapi banyak menda aku nak kena siapkan sebelum cuti panjang ni.... muka bos dah cam ketat jer sbb aku akan bercuti aishhhhh.../////

yang penting aku ada 3 lagi asst nak kena siapkan sebelum hujung Mei...

tak per.. KOREA punya pasal.. apa pun xpa...

p/s;;;;; JOM layan cita KOREA... :)